Thursday 10 May 2012

Pokok Bunga Semusim



Pokok bunga semusim semakin popular di Malaysia dan banyak ditanami  di negara yang beriklim sejuk. Ia merupakan tumbuhan yang hidup dalam jangka masa yang singkat iaitu kitar hayat yang kurang dari setahun dan mati selepas berbunga. Tumbuhan ini rendah dan batangnya tidak berkayu serta mudah ditanam dan dibiakkan melalui biji benih.


Terdapat pelbagai jenis warna dan bentuk yang menarik minat sesiapa sahaja apabila memandang ke arahnya. Sayangnya, pokok jenis ini hanya berbunga sekali sahaja.

Rupa-rupanya pokok bunga semusim ni ada dua jenis…
1)pokok berbunga: Contohnya seperti Celosia, Pelargonium, Cosmos, Petunia, Zinnia, Tagetes, Torenia dan sebagainya.Malah terdapat jenis kacukan yang mengeluarkan bunga pelbagai warnanya yang lebih unik, cantik dan menarik lagi.

Cosmos

Tagetes Erecta


Balung Ayam ( Celosia Cristata)












Pokok Butang














chrysanthemum


Cosmos













2)pokok berdaun: Terdapat beberapa jenis pokok berdaun yang boleh diklasifikasikan sebagai tanaman semusim.
Di antaranya seperti pokok ati ati atau nama saintifiknya Solenostemon atau Coleus, Alternanthera dan sebagainya.


Kebanyakan jenis tanaman ini dijadikan hiasan pentas bagi sesuatu majlis seperti tilah al-quran, pertandingan nasyid, mmajlis perasmian dan sebagainga.

Selain itu, ia ditanam dibulatan dan pembahagian jalan raya dan dijadikan lanskap yang pelbagai bentuk dan pelbagai warna bunga.

Bentuk sebuah jam yang dihasilkan daripada pokok bunga semusim

Warna bunga yang pasti memikat hati pengunjung


Pokok bunga semusim yang di tanam di sepanjang jalan


Saya lebih suka pokok semusim daripada pokok jenis lain sebab bunganya sangat unik dengan pelbagai bentuk yang menarik dan bunganya tahan lama. Ia juga memberi kesan kepada halaman rumah kita nampak ceria dan berseri-seri....hehe. Pastu, penjagaannya senang sangat..saya cakap ni sebab rumah saya dipenuhi dengan pokok bunga semusim terutama pokok balung ayam...

Kalau anda nak tahu... cuba la tanam dari sekarang... hehe.



2 comments: