Saturday, 12 May 2012

Pokok Menjalar dan Memanjat


Setahu saya la..kalau dulu tanaman menjalar dan memanjat ni kurang diminati oleh penggemar tanaman kerana pokok ini seolah-olah memberi keserabutan pada mata yang memandang.

Memang la nampak serabut sebab....penyelenggaraan yang tidak betul dan kurang dititikberatkan oleh penggemar itu sendiri...kalau saya tengok pun serabut dan lebih baik x de daripada ada... betul x????

Tapi sejak kebelakangan ini....
 tanaman menjalar dan memanjat ini semakin mendapat tempat di hati peminat hiasan dan laskap di halaman rumah. Mungkin mereka baru sedar yang tanaman ini memainkan peranan penting bagi menyerikan suasana persekitaran serta menjadikan laman rumah menjadi lebih indah dan ceria.

Eh.. lupa pulak nak bagitau yang sebenarnya tanaman memanjat dan menjalar merupakan tumbuhan yang melilit, memanjat dan menjalar.

Ini sebahagian daripada pokok menjalar dan memanjat:


Pokok Janda Kaya




Akar Dani















Pokok Petunia


Pokok kembang sepuluh












Pokok Telang















Pokok Tapak Kuda


Pokok Kemabang Seri Pagi













Tumbuhan seperti ini kebiasaannya mempunyai alat khas untuk memanjat seperti tendril, pencangkuk dan akar yang mengeluarkan pelekat untuk melekat pada sokongan.

Jadi anda boleh la tanam untuk menhiasi sekeliling pagar rumah atau gazebo daripada di biarkan kosong dan nampak suram. Rasanya lagi cantik kalau anda hiaskan dengan tumbuhan hidup sebab ia akan menghidupkan lagi suasana persekitaran.

Tetapi, harus diingat yer... banyak aspek yang perlu anada tahu untuk mengekalkan keceriaan dengan tumbuhan menjalar dan memanjat.


Tumbuhan yang menjalar dan memanjat ini terbahagi kepada dua jenis iaitu herba dan renek. Ia juga di bahagikan kepada tiGa kumpulan iaitu berkayu keras, sederhana dan lembut serta merayap dan menjalar.

1 comment: