Sunday 13 May 2012

Pokok Herba



Apa yang saya nak cakap kat sini......pokok herba juga merupakan salah satu jenis tanaman hiasan yang terdapat di Malaysia. Biasanya, sesetengah pokok herba mempunyai batang yang lembut dan mengandungi banyak air.




Nak tahu pokok herbanya????....Ni la dia:

Pokok Hempedu Bumi (Andrographhis Paniculata)

Pokok Hempedu Beruang (Costus Malortieanus)
Pokok Dukung Anak (Phyllanthus Niruri)
Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus)

Kenapa dikatakan pokok hiasan pulak???????Ini kerana pokok herba mampu mengeluarkan bunga dan mempunyai daun yang cantik serta menarik untuk dijadikan pelengkap lanskap halaman rumah kita...hehe.

Bagi yang tidak berminat tentang bunga-bungaan dan hanya menanam herba,  sebenarnya mereka juga peminat tanaman hiasan secara tidak sedar...jangan marah yer....hehehe.

Kebanyakannya kaum wanita yang bergelar suri rumah suka menanam herba untuk dijadikan ulam dan digunakan dalam masakan harian. Mereka lebih suka menanam di kawasan rumah yang berdekatan dengan dapur kerana tidak perlu pergi ke kedai boleh menjimatkan perbelanjaan.

Sebagai contoh: 
  
Pokok Kunyit (Curcuma Longa)


:












Pokok Serai (Cymbopogen citrates)














Bayam Merah (Amaranthus gangeticus)












Pokok Daun Kesum (Persicaria odorata)












Pokok Pegaga (Centella)












Pokok herba bukan hanya digunakan di dalan masakan dan dijadikan tanaman hiasan tetapi penting juga dalam perubatan tradisional. Pokok herba sangat kaya dengan khasiat, serta kebolehannya untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Ianya telah digunakan sejak dahulu lagi dan kekal menjadi kaedah rawatan yang popular sehingga sekarang.


Jangan terkejut pula kalau saya kata saya kata.... pokok herba daripada pokok renek, pokok naungan, poko bunga semusim, pokok lendair dan sebagainya....

Pokok Ati-Ati (Solenostemon/Coleus)

Pokok Kemunting Cina (Catharanthus Roseus)
Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera)

Ok la... setakat ini dulu yer...bye2


Saturday 12 May 2012

Pokok Kaktus



Kali ini saya nak bicara pula tentang pokok kaktus...

Saya suka pokok kaktus sebab ia tumbuh dengan pelbagai bentuk biarpun setengah daripadanya tidak mengeluarkan bunga. 

Pokok Kaktus...pelbagai warana dan bentuk yang menarik

Satu lagi, senang nak jaga pokok kaktus kerana tidak perlu di siram setiap hari.............hehe. senang kan????? Bagi yang malas nk siram tiap-tiap hari tu, boleh la beli pokok kaktus sekarang.

Sebelum itu, anda perlu tahu dulu serba sedikit tentang kaktus ini..

Pokok kaktus ini sebenarnya berasal dari tumbuhan berbunga famili Cactaceae dan terdapat lebih dari 80 jenis spesis pokok kaktus ini.

Antaranya ialah: 

Zygocactus Truncatus








Trichocereus Spachianus










Sedum Acre












Craculla












Tentu anda tertanya-tanya bagaimana pokok ini boleh hidup tanpa air..

Haa... inilah yang saya nak share...sebenarnya pokok kaktus ini banyak terdapat dan hidup di tanah gurun yang kering kontang. Apa yang menakjubkan lagi pokok kaktus boleh  tumbuh pada waktu yang lama tanpa air. Jadi x perlu la siram selalu sebab pokok kaktus memiliki akar yang panjang untuk mencari air dan memperlebarkan penyerapan air dalam tanah. Air yang diserap kaktus disimpan dalam ruang di batangnya. Kaktus juga memiliki daun yang berubah bentuk menjadi duri sehingga dapat mengurangi penguapan air lewat daun. ... itu je la setakat yang saya tahu...hehe

Pokok Kaktus yang hidup di tanah gurun


Kadang-kadang tu leceh juga nak memasukan semula pokok kaktus ni....durinya tajam sangat.. terpaksa kena pakai sarung tangan..

Tapi...anda harus tahu, duri yang terdapat pada pokok kaktus ini sebenarnya memainkan peranan penting dalam kitaran hidupnya untuk menghalang dan mempertahankan diri dari haiwan pemakan tumbuhan atau herbivor.

Stenocereus Thurberi
Rebutia muscula














Echinopsis (Lobivia)


Pokok Menjalar dan Memanjat


Setahu saya la..kalau dulu tanaman menjalar dan memanjat ni kurang diminati oleh penggemar tanaman kerana pokok ini seolah-olah memberi keserabutan pada mata yang memandang.

Memang la nampak serabut sebab....penyelenggaraan yang tidak betul dan kurang dititikberatkan oleh penggemar itu sendiri...kalau saya tengok pun serabut dan lebih baik x de daripada ada... betul x????

Tapi sejak kebelakangan ini....
 tanaman menjalar dan memanjat ini semakin mendapat tempat di hati peminat hiasan dan laskap di halaman rumah. Mungkin mereka baru sedar yang tanaman ini memainkan peranan penting bagi menyerikan suasana persekitaran serta menjadikan laman rumah menjadi lebih indah dan ceria.

Eh.. lupa pulak nak bagitau yang sebenarnya tanaman memanjat dan menjalar merupakan tumbuhan yang melilit, memanjat dan menjalar.

Ini sebahagian daripada pokok menjalar dan memanjat:


Pokok Janda Kaya




Akar Dani















Pokok Petunia


Pokok kembang sepuluh












Pokok Telang















Pokok Tapak Kuda


Pokok Kemabang Seri Pagi













Tumbuhan seperti ini kebiasaannya mempunyai alat khas untuk memanjat seperti tendril, pencangkuk dan akar yang mengeluarkan pelekat untuk melekat pada sokongan.

Jadi anda boleh la tanam untuk menhiasi sekeliling pagar rumah atau gazebo daripada di biarkan kosong dan nampak suram. Rasanya lagi cantik kalau anda hiaskan dengan tumbuhan hidup sebab ia akan menghidupkan lagi suasana persekitaran.

Tetapi, harus diingat yer... banyak aspek yang perlu anada tahu untuk mengekalkan keceriaan dengan tumbuhan menjalar dan memanjat.


Tumbuhan yang menjalar dan memanjat ini terbahagi kepada dua jenis iaitu herba dan renek. Ia juga di bahagikan kepada tiGa kumpulan iaitu berkayu keras, sederhana dan lembut serta merayap dan menjalar.

Pokok Renek


Pokok renek ialah tumbuhan berkayu yang banyak mengeluarkan batang, dahan, serta ranting dari bahagian pangkal. Dari segi ketinggiannya pula,  kurang daripada 5-6m. Kawasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok renek ini selalunya digelar sebagai semak samun.

Tahu tak anda pokok renek ini sebenarnya terbahagi kepada tiga:

-pokok renek pagaran

Pokok Pagaran sebagai pemisah kawasan

Pokok Jarak Biola (Jatropha pandurifolia)













Pokok Buta-buta (Excoecaria cochinchinensis)














-pokok renek berdaun

Pokok Puding (Codiaeum variegatum)










  
Pokok Ekor Kucing (Acalypha wilkesenia var. macrophylla)

Pokok jejuang 
(Cordyline terminalis (L.) Kunth.)



















-pokok renek berbunga

Pokok Bunga Kertas (Bougainvillea)

Pokok Bunga Raya (Hibiscus Rosa Sinensis)

Pokok Ros


Bagi penggemar jenis tanaman ini, tumbuhan renek boleh dijadikan sebagai pagaran, pemisah kawasan , penanada, tanaman latar hadapan, pintu gerbang dan sebagainya. Jenis pokok seperti ini juga mengeluarkan bunga yang pelbagai warna.

Keistimawaan pokok renek boleh dibiakkan dengan pelbagai kaedah seperti tut udara, tut lentur, keratan batang keratan pucuk, keratan dahan, cantuman baji dan sebagainya. Haa… anda jangan terkejut kalau saya cakap pembiakan pokok renek juga boleh dibiakkan melalui biji benih….hehehe.

Pokok Naungan


Tanaman naungan pula ditanam dikawasan tertentu untuk dijadikan teduhan daripada cahaya matahari dan  juga dijadikan sebagai "penahan angin". Biasanya pokok naungan ini adalah dari jenis saka dan berbatang tunggal.

Pokok Naungan salah satu pokok teduhan daripada cahaya matahari

 Pokok ini tumbuh rendang dan mempunyai kanopi yang padat sehinggga mencapai ketinggian 10 meter tinggi dengan jangka hayat melebihi 50 tahun. 


Pokok ini kebanyakannya ditanam di tepi jalan kerana akarnya terlalu kuat mencengkam tanahyang mana boleh menghalang daripada berlakunya kejadian tanah runtuh dan hakisan. 

Pokok naungan di tanam di sepanjang jalan

Antara contoh-contoh pokok naungan yang biasa ditanam di Malaysia seperti semarak api (delonix regia), tembusu (fragea fragrans), bungor (lagerstroemis speciosa) dan bunga tanjung (mimusop elengi), dan sebagainya.



 
Pokok Beringin















Bungor (Lagerstroemis Speciosa)

















Semarak Api (delonix regia)

















Pokok Doa (Bucida Molineti)




















Pokok Doa yang terdapat di Dataran Nilai






















Tetapi pada hari ini, ramai yang tidak sedar akan kepentingan pokok naungan.  Ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab sesuka hati menebang pokok naungan sehingga menyebabkan suhu kepanasan semakin hari semakin meningkat.



Thursday 10 May 2012

Pokok Bunga Semusim



Pokok bunga semusim semakin popular di Malaysia dan banyak ditanami  di negara yang beriklim sejuk. Ia merupakan tumbuhan yang hidup dalam jangka masa yang singkat iaitu kitar hayat yang kurang dari setahun dan mati selepas berbunga. Tumbuhan ini rendah dan batangnya tidak berkayu serta mudah ditanam dan dibiakkan melalui biji benih.


Terdapat pelbagai jenis warna dan bentuk yang menarik minat sesiapa sahaja apabila memandang ke arahnya. Sayangnya, pokok jenis ini hanya berbunga sekali sahaja.

Rupa-rupanya pokok bunga semusim ni ada dua jenis…
1)pokok berbunga: Contohnya seperti Celosia, Pelargonium, Cosmos, Petunia, Zinnia, Tagetes, Torenia dan sebagainya.Malah terdapat jenis kacukan yang mengeluarkan bunga pelbagai warnanya yang lebih unik, cantik dan menarik lagi.

Cosmos

Tagetes Erecta


Balung Ayam ( Celosia Cristata)












Pokok Butang














chrysanthemum


Cosmos













2)pokok berdaun: Terdapat beberapa jenis pokok berdaun yang boleh diklasifikasikan sebagai tanaman semusim.
Di antaranya seperti pokok ati ati atau nama saintifiknya Solenostemon atau Coleus, Alternanthera dan sebagainya.


Kebanyakan jenis tanaman ini dijadikan hiasan pentas bagi sesuatu majlis seperti tilah al-quran, pertandingan nasyid, mmajlis perasmian dan sebagainga.

Selain itu, ia ditanam dibulatan dan pembahagian jalan raya dan dijadikan lanskap yang pelbagai bentuk dan pelbagai warna bunga.

Bentuk sebuah jam yang dihasilkan daripada pokok bunga semusim

Warna bunga yang pasti memikat hati pengunjung


Pokok bunga semusim yang di tanam di sepanjang jalan


Saya lebih suka pokok semusim daripada pokok jenis lain sebab bunganya sangat unik dengan pelbagai bentuk yang menarik dan bunganya tahan lama. Ia juga memberi kesan kepada halaman rumah kita nampak ceria dan berseri-seri....hehe. Pastu, penjagaannya senang sangat..saya cakap ni sebab rumah saya dipenuhi dengan pokok bunga semusim terutama pokok balung ayam...

Kalau anda nak tahu... cuba la tanam dari sekarang... hehe.