Saturday, 12 May 2012

Pokok Naungan


Tanaman naungan pula ditanam dikawasan tertentu untuk dijadikan teduhan daripada cahaya matahari dan  juga dijadikan sebagai "penahan angin". Biasanya pokok naungan ini adalah dari jenis saka dan berbatang tunggal.

Pokok Naungan salah satu pokok teduhan daripada cahaya matahari

 Pokok ini tumbuh rendang dan mempunyai kanopi yang padat sehinggga mencapai ketinggian 10 meter tinggi dengan jangka hayat melebihi 50 tahun. 


Pokok ini kebanyakannya ditanam di tepi jalan kerana akarnya terlalu kuat mencengkam tanahyang mana boleh menghalang daripada berlakunya kejadian tanah runtuh dan hakisan. 

Pokok naungan di tanam di sepanjang jalan

Antara contoh-contoh pokok naungan yang biasa ditanam di Malaysia seperti semarak api (delonix regia), tembusu (fragea fragrans), bungor (lagerstroemis speciosa) dan bunga tanjung (mimusop elengi), dan sebagainya.



 
Pokok Beringin















Bungor (Lagerstroemis Speciosa)

















Semarak Api (delonix regia)

















Pokok Doa (Bucida Molineti)




















Pokok Doa yang terdapat di Dataran Nilai






















Tetapi pada hari ini, ramai yang tidak sedar akan kepentingan pokok naungan.  Ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab sesuka hati menebang pokok naungan sehingga menyebabkan suhu kepanasan semakin hari semakin meningkat.



No comments:

Post a Comment