Setahu saya la..kalau dulu
tanaman menjalar dan memanjat ni kurang diminati oleh penggemar tanaman kerana pokok
ini seolah-olah memberi keserabutan pada mata yang memandang.
Memang la nampak serabut
sebab....penyelenggaraan yang tidak betul dan kurang dititikberatkan oleh
penggemar itu sendiri...kalau saya tengok pun serabut dan lebih baik x de
daripada ada... betul x????
Tapi sejak kebelakangan
ini....
tanaman menjalar dan memanjat ini semakin
mendapat tempat di hati peminat hiasan dan laskap di halaman rumah. Mungkin mereka
baru sedar yang tanaman ini memainkan peranan penting bagi menyerikan suasana
persekitaran serta menjadikan laman rumah menjadi lebih indah dan ceria.
Eh.. lupa pulak nak bagitau yang sebenarnya tanaman memanjat dan menjalar
merupakan tumbuhan yang melilit, memanjat dan menjalar.
Ini sebahagian daripada pokok menjalar dan memanjat:
|
Pokok Janda Kaya |
|
Akar Dani |
|
Pokok Petunia |
|
Pokok kembang sepuluh |
|
Pokok Telang |
|
Pokok Tapak Kuda |
|
Pokok Kemabang Seri Pagi |
Tumbuhan seperti ini kebiasaannya
mempunyai alat khas untuk memanjat seperti tendril, pencangkuk dan akar yang
mengeluarkan pelekat untuk melekat pada sokongan.
Jadi anda boleh la tanam untuk menhiasi sekeliling pagar rumah atau gazebo daripada
di biarkan kosong dan nampak suram. Rasanya lagi cantik kalau anda hiaskan dengan
tumbuhan hidup sebab ia akan menghidupkan lagi suasana persekitaran.
Tetapi, harus diingat yer... banyak aspek yang perlu anada tahu untuk
mengekalkan keceriaan dengan tumbuhan menjalar dan memanjat.
Tumbuhan yang menjalar dan
memanjat ini terbahagi kepada dua jenis iaitu herba dan renek. Ia juga di
bahagikan kepada tiGa kumpulan iaitu berkayu keras, sederhana dan lembut serta merayap dan menjalar.